Followers

Saturday, April 6, 2013

sebulan dah..hamster pula temankan

hari terus dihitung...dan hari ini genaplah sebulan si mujahidku pergi.sekejap je rasa.
aku berpantang pun tak macam orang lain. jiran-jiran ada juga yang tegur bila aku turun menemani en suami berniaga setiap malam.maklum lah belum lepas 40 hari lagi aku dah merayap merata-rata. aku tak boleh duduk diam. aku akan rasa bosan. bosan yang teramat sangat. apatah lagi bila di siang hari kena tinggal kala en suami pergi kerja.

aduhh...bertambah-tambah la rasa bosan dan sunyi.
aku ingat lagi en suami pernah janji nak carikan aku kerja bila dah habis pantang. tapi semalam jelas-jelas dia tak mahu pun aku kerja bila isu ni diungkitkan kembali. dia mahu aku duduk di rumah saja.rehat. uruskan hal rumah tangga saja. huuu...jenuh.hari tu janji tinggal janji je la.saja je en suami aku bagi janji begitu, tak nak aku sedih. tapi sekarang dia lebih senang aku tinggal di rumah. tunggu untuk posting je dia cakap. tak payah nak sibuk cari kerja.

akhirnya....aku akur even awal-awal tu agak tak bersetuju dengan keputusan dia.bukan apa, serius duduk aje di rumah sangatlah bosan. bila semua kerja siap, dah tak tahu nak buat apa.... lagi la haru aku rasa.

tapi semalam, tanpa diduga en suami hadiahkan aku sepasang anak hamster yang comel. baru umur 2 bulan. comel sangat. aku syak dia nak hamster ni temankan aku kat rumah time dia pergi kerja kot. ehehe. tambah pula bila dia cakap kita jaga hamster je la sebab nak jaga anak, anak kita dah pergi.

jadi hari-hari aku lepas ni bermain dengan anak hamster lah pula...gambar akan menyusul nanti.sekarang belum ambil lagi gambarnya.

 hari ni aku tengok en suami sampaikan tertidur kat tepi sangkar hamster. khusyuk sangat duk perhati gelagat hamster agaknya.

hmm..jauh di sudut hati, aku kesian kat suami aku....ingat lagi masa mujahidku pergi, berkali-kali juga aku meminta maaf kat dia sebab tak dapat jaga Akmal dengan baik. Akmal tak dapat bersama. Aku tak dapat bagi Akmal tinggal bersama kami. dia berkali-kali juga la cakap ini sudah menjadi takdir kami. aku tak bersalah pape pun. Akmal tunggu kami di sana. insyallah...dia selalu redha. dia jugalah penguat semangat aku.

aku kesian kat en suami sebab dia bukan main suka kat budak. apatah lagi bila tengok cara dia melayan anak-anak buah kami.siap tido-tido lagi tepi baby. cara dia tu macam tido dengan anak sendiri.tapi hakikatnya tidak. sekarang pun bila kami keluar, anak-anak buah mesti akan dibawa. adakala anak buah adik ipar pun kami angkut je bawa jalan-jalan. bukan dikira sangat pun.asal nama kanak-kanak mesti angkut punye.

hari ni en suami duk main dengan hamster je la..satu kerja baru kami bersama.menjaga hamster pulak. maklum tak da baby kan.

esok-esok aku tak bosan lah kot, ada hamster yang temankan

4 comments:

ewanthology said...

usaha lagi

NasQ said...

dah tak lama lagi lepas pantang boleh usaha lagi...

banyak2 doa...

khaifaiz said...

lepasni byk pict hamster la yer

Unknown said...

Akak.....Rindu akak... Rasa nak gi je bercuti kat Kelantan sekarang... huhuhu