dah bersawang aku rasa blog ni...nak kata sibuk, tak pun. mungkin mood untuk ke sini makin berkurang. malah ada juga rasa mahu berhenti berblog..terkadang je la rasa camtu. banyak perkara yang boleh ditulis, tapi selalunya aku karang dalam otak aku je. save dalam otak je diam-diam.
asal hujung minggu aku mula mencari-cari di sepanjang jalan. tak kira la ke mana. keje aku duk melilau mencari tukang membuat batu nisan dan kepok. uhhh..payah juga ye sekarang. dan sampai hari ini masih belum ketemu.
bila kita nak, tak pula jumpa. bila tak nak...ade je.
berapa hari je lagi nak genap 2 bulan mujahid aku pergi. tapi batu nisan dengan kepok belum terbeli lagi. usaha mncari masih diteruskan. tak sabar rasanya mahu menjenguk mujahidku...
3 comments:
tulislah, supaya kita tidak lupa
ada tu... ce cari betul...
Kadang2 pun ak ad niat nak berhenti. Rasa lemau je. Tapi, still masih menulis lagi smpai ke hari ni..
Post a Comment