Followers

Thursday, March 14, 2013

rasa Redha itu

terima kasih kepada semua
tanpa jemu memberikan kata semangat...tanpa jemu bertanya khabar..tanpa jemu mendoakan.
terima kasih


alhamdulillah...
hari-hari aku kini semakin bertambah baik

namun jujur aku katakan bahawa rasa rindu itu setiap detik menemani diri ini
tapi untuk rasa sunyi...aku tidak mahu
kerna aku tahu Dia sentiasa menemani...kenapa perlu untuk berasa sunyi?

Allah tidak akan menimpakan ujian ini jika umatNya tidak mampu
Allah akan terus menguji umatNya tanda Dia sentiasa mengingati umatNya
Allah  akan terus menguji supaya aku tidak lalai dari mengingatiNya
Alhamdulillah...kerana terus terpilih untuk diuji
Aku risau jika aku diuji dengan nikmat kesenangan...aku akan tenggelam dalam nikmat itu

hari-hari terus memujuk diri
anak ibu tidak akan merasa derita kini
anak ibu tidak akan merasa pahitnya realiti hidup di dunia
anak ibu terus dipelihara oleh Allah...
anak ibu hanya dipinjam untuk sementara sahaja..
damailah kamu di sana
gembiralah kamu di sana
nantikan ibu dan abi sayang





hujansaid:bersyukur punya seorang suami yang sangat bertanggungjawab.segala urusan berpantang si dia yang lakukan. tidak mengapalah tak dapat berpantang macam orang lain.asalkan aku semakin sihat.kami akan terus berdikari...walau apapun dugaan yang datang.kami masih mampu berdiri tanpa bergantung harap pada orang lain. apa yang kami harapkan cuma Redha Illahi. terima kasih sayang..keprihatinanmu menyentuh kalbu ini

3 comments:

NasQ said...

Kuatkan semangat kamu berdua dan teruskan usaha mencari zuriat...

khaifaiz said...

sayu hati ini ketika baca entri ini dan yang lepas2... Semoga TH kuat dan tabah

shameel Iskandar said...

moga TH tabah dan kuatkan semangat. Redha dgn ketentuan-Nya dan yakinlh anak kecil yg pergi akan memberikan syafaat kpd org tuanya. Dia sdg menanti di pintu syurga.