hanya muka ni je la kat wad mawar. pesakit silih berganti...dan aku asal discharge je..tak sampai 3 4 hari dah kena masuk balik. ujian untuk aku dan suami.....
keluar masuk je la dalam wad. luaran..aku la pesakit yang paling sihat sekali. tapi dalaman..hanya Allah saja yang tahu.
7 Januari adalah detik paling mendebarkan aku. pagi tu terasa cepat sangat berlalu...doktor pakar yang memang sentiasa follow up tentang aku dengan baby cepat je datang...hati berdebar kemain lagi. tangan dah sejuk. pagi ni aku perlu buat keputusan sama ada untuk menggugurkan anak yang aku kandung ini atau terus menjaganya....
"awak dengan suami dah bersetuju untuk teruskan?"
tuhan saja la yang tahu camne bila doc tanya camtu.....
"tak jadi doc. selagi denyut jantungnya masih saya rasa, selagi itulah saya mahu menjaganya. masa depannya kita belum tahu lagi doc. sakitkah dia..sihatkah dia..itu semua akan datang. dan hari ini saya dan suami mahu menjaganya. yang lain Allah dah tetapkan untuk kami."
"jika kamu sebagai ibu sudah membuat keputusan begitu, saya setuju...saya sendiri tidak sanggup untuk meneruskannya kerana anak ini masih lagi hidup. takdirnya pada masa akan datang tiada siapa tahu...jadi kamu perlu mendapatkan rawatan 2minggu sekali di sini. dan hari ini kamu bolehlah balik berehat di rumah"
alhamdulillah.... aku dan baby boleh keluar wad. dah lama juga jadi penghuni wad ni. tak mengapalah 2minggu sekali pun kena datang untuk rawatan asalkan anak aku tetap bersama aku selagi dengan izinNya.
**hari ini aku kena bertahan selagi aku sihat dan tidak lagi merasa sebarang kesakitan...bersabar duhai hati. bersabar duhai anakku.selagi belum masanya, selagi itu kamu dalam jagaan ibu dan abi.
8 comments:
Kakak.... Take a lot of care...
semoga baik baik sahaja
semoga segala rintangan dan cabaran dipermudah oleh-Nya...
Sabar ya...
ya Allah.. dugaan sungguh nak dptkan zuriat.. semoga tabah dan kuat..
moga diberi kekuatan, kesabaran.
Dalam titisan hujan ada tanda untuk memimpin keredhaan. Saya percaya dan yakin, Allah sentiasa - tak pernah lekang - bersama dengan kalian bertiga.
semoga allah melindungi mu sahabat
semoga baik2 sahaja...
Post a Comment