nasib baik buah hati ada untuk menenangkan..kalau tak memang dah kena baling netbook ni kat muka mamat yang repair netbook aku 2 hari lepas. sakit hati yang amat sangat.
makin teruk ada la netbook aku ni dikerjakan mamat tu. bukan makin baik. tapi dah makin menjadi-menjadi masalahnya. dari masalah window habis semua corrupted. memang hangin satu badan aku rasa.
rasa nak g tembak-tembak je kedai tuh...hahaahaah |
semalam bila buah hati pergi ambil bawa balik, dia cakap netbook ni bermasalah jugak pada bateri. terkebil-kebil aku dengar ulah suami. pelik jugak. apesal dari window jadi bateri yang bermasalah? atau memang macam tu netbook ni.bila window corrupt yang lain pun lagi jahanam. setahu dan sekenal aku pada bateri netbook comel ni boleh bertahan 3-4jam bila sekali cas (sebelum masalah window 2 3 hari lepas).
pesal lak bila bawa balik dari kedai mamat tu kata masalah bateri pulak???
dan bila semalam dan hari ini cuba dihidupkan semula....masyallah, sakit hatinya aku. makin teruk. bila on je mesti keluar " press f2 dan blaa bla bla....." lepas tu "don't unplug or power off....window is configuring ke benda ntah...aku pun dah naik hangin 1 badan. sakit hati dalam hati ni. tapi kena sabar la bila tengah berbadan dua ni. nanti terbawa-bawa pula perangai ni kat si kecil.
last-last buah hati cakap nanti kita pergi hantar kat kedai lain.
tapi aku pulak "habis mamat tu dapat free-free je la duit tu ek,netbook kita pula makin jahanam"
buah hati yang baik dan sungguh penyabar ini tetap positif bil die kata tak pe la tu rezeki dia. nanti hantar kat kedai lain, lau pergi kat kedai dia pun sama jugak.
hm...aku?
baiklah.memang netbook ni yang bermasalah bukan mamat tu tak pandai (memujuk diri untuk positif)
hujansaid:hari ni belajarlah untuk menjadi seorang yang lebih penyabar..
16 comments:
susah juga tu.. kena belajar repair sendiri la jawabnya
susah2
khaifaiz - TH pun rasa cmtu jgk la..xnk la duit melayang cmtu jek
anum - dan skg bertambah susah bl xde netbook
bagus sungguh kesayangan awak ni... kalau saya dh lama terajang mamat tak guna tu...
ke kena minta n pujuk kesayangan beli baru? haa.. hehe
barang elektronik selalunya susah nak baiki... klu rosak, beli baru je
Sabar - sabar..^^V
HEHE..sy dah prnh kena
Sabar baik untuk diri dan baby :)
Dengan Sabar banyak perkara tersirat yang akan dibawanya. Insya-allah
rasanya kena tukar notebook baru jugak. biasanya bila hantar repair kat mana2 kedai n then rosak selepas 2-3 hari, tandanya dowang dah mula cilok menatang original kat dalamnya. so bila hantar kedai lain, masalah takkan habih punya.
beli je baru, kang tak laku lak kat kedai kang... hukhukhukhukkkkk...
sabar erk.. simpati jugak sy rasa.. lagi2, bab repair2 laptop ni, antara perkara yg sy selalu buat.. memang pelik mendengarnya kalau masalah windows berjangkit kepada masalah2 lain..
mungkin sudah tiba masanya laptop tu kena format balik.. (",)
beli baru je geng..huhuhu..
err.. bukan ke selamanya TH sorang yg penyabar ke??
sabaq2..jgn jd rambo yer
itulah berbezanya cara orang lelaki dan orang perempauan berfikir..
Allah tu menjadikan sesuatu tu dah lengkap sangat dah..
seorang panas, nnt sorang lagi sejukkan.. dan saya percaya kalau insiden lain, ia berlaku sebaliknya..
sabar ye kak..
Ada kasih hati yang menjadi air yang damai tatkala diri dihampiri api yang memarak.
Tidak apa, 'netbook' hanya sementara, kekasih hati bawanya ke sorga. ^_^
Post a Comment