hari ni adalah hari kelima dah jadi pesakit kat hospital ni...seingat aku last kena tahan dalam wad masa darjah satu sebab gastrik. dan sekarang bila dah nak bergelar ibu, sekali lagi kena tahan. yang ni mungkin lama la jadi pesakit kat sini. bila pagi tadi doktor dah inform sampai 31 Disember dia mahu ikut perkembangan aku dan baby.
lama...
dah la sekarang duk sorang-sorang je. tak da sape pun teman. mak tak boleh datang sebab kat kampung sudah banjir. terputus hubungan dah. anak saudara dah dua malam menemani aku disini. kesian pula nak suh teman lagi. disuruh juga balik. tak pe lah...lagi pun pesakit kat sini semua ramah-ramah. tak kira doktor dengan nursenya lagi. baik-baik je. ditambah pula aku ni yang memang peramah. lagi la....
tapi hati ini tiada putus berdoa akan keselamatan anak dalam kandungan ni. 31hb nanti genap umurnya 5bulan. 2 hari lepas adalah saat yang paling indah bagi aku yang baru nak bergelar ibu ni bila aku dapat rasa denyutan jantungnya. namun, semasa di scan, sedih menguasai diri bila tidak ada sedikit pun air ketuban..kesian baby.
kata doktor,
Tanpa dikelilingi air ketuban yang cukup, janin akan mempunyai
masalah paru-paru mengecut serta masalah postur kerana kaki dan
tangannya tidak dapat digerakkan secara normal.
setiap kali di scan setiap kali itu jugalah aku akan menangis...semua yang berlaku ini aku anggap sebagai ujian. andai ini rezeki aku dan suami, insyallah umurnya panjang. jika tidak, aku dan suami redha.
doakan aku dan baby semoga sejahtera.
14 comments:
saya doakan ya
Semoga selamat semuanya th
inshaALLAH kak..semoga akak n baby selamat dn sihat..kami doakan...
Semoga tabah kakak,suami dan baby....
semoga dipermudahkan segala urusan
sbar banyak banyak yer th
ya Allah, semoga semuanya baik2 sj yer.. semoga awak kuat tempuh dugaan. bykkan berdoa yer.. :)
Dia tahu yg terbaik. Dia sebaik-baik perancang..
#Syafakillah, senyumlah selalu.(";)/"
sedihnya.... Saya doakan semuanya baik baik sahaja untuk kamu.
Saya doakan semoga semua yg terbaik utk awak... InsyaAllah selamat... :)
insyaAllah, mudah2an semuanya selamat...
Allahuakbar.... sedihnya kak...
Adik doakan semuanya selamat ye kak... Inn Sya Allah, Baby akan ok..
mcm mana sekarang ?
insyaallah mudah2an semua baik2 belaka
amin
happy 2013, smoga baik2 saja. happy mummy to be :)
Post a Comment