berkahwinlah kamu dengan anak mak dan bapa kerana itu yang lebih membahagiakan daripada berkahwin dengan anak mak ataupun anak bapak.
siapa tahu macam mana anak mak itu?
mungkin ramai yang selalu dengar tentang anak mak tu macam mana kan?
selalunya orang selalu katakan anak mak itu anak manja. semua ikut kata mak je. sampaikan tak boleh nak buat keputusan sendiri. termasuklah keputusan untuk keluarga sendiri. kesian si isteri.
bagaimana pula dengan anak bapak?
mungkin jarang sekali kita dengan ungkapan ini bukan?
anak bapak juga merupakan satu situasi yang lebih kurang sama dengan situasi anak mak.
anak bapak selalunya adalah anak perempuan.
pengalaman aku tentang anak bapak ni sebenarnya parah juga. kesian kepada pasangan suami isteri kerana perlu berdepan dengan situasi begini. "anak bapak".
mungkin pada anaknya seperti ini.......
"aku rasa aku dengan bapak aku ni biasa-biasa je, aku tidak manja, aku sama cam anak-anaknya yang lain,tapi ini dugaan aku bila dah kawin. kenapa begini bapak layan aku? aku sudah punya suami, tidak bolehkah bapak faham yang kini aku perlu mengikut suami (mengikut ajaran Islam). bukan lagi bapak. kenapa bapak suruh aku pulang ke rumah sedangkan suami berada di rumah satu lagi. bapak mahu aku bermalam di rumah sedangkan suami menunggu di sana,?"
"bapak cakap lagi - balik rumah bapak dulu. nanti pandai la laki kau balik sini cari kau."
"bapak cakap lagi - kau kena ikut cakap aku, laki kau nombor dua"
dan bapak sudah membenci akan si suami kerana di anggap perampas. sudah mengambil anaknya.
dan bapak cakap macam-macam lagi...bla bla bla dan terus bla bla bla bla bla
aku?
akhirnya aku menangis mengenang nasib ini. kenapa bapak tidak boleh menerima kenyataan yang kini aku sudah di bawah tanggungjawab suami? bersenang hatilah bapak sebab amanah mu kini sudah beralih pada si suami.
oh..bapak.tolonglah fahami kenyataan ini.tolonglah terima hakikat ini.anakmu kini milik si suami.tapi aku masih anakmu. masih tahu tanggungjawab sebagai anakmu. dan si suami..... menantumu bukan perampas. sedangkan dulu kamu yang mewalikan akadnya kami.tergamak pula kamu katakan yang si suami adalah perampas hak milikmu. oh Tuhan..tabahkan kami.sabarkan kami.
kini,
MASA, DOA dan SABAR
kunci kepada keadaan yang pedih ini.
aku memilih untuk berbahagia.senyumlah......
payungsaid: parah juga kalo sape-sape yang terpilih jadi suami pada anak bapak.
hujansaid: aku pun tak tahu kenapa tetiba menulis tentang kisah ini...kesian kamu.moga kamu terus sabar
11 comments:
letih suami plak nak ambil isteri kat umah pak mentua. kalau dalam seminggu mau dua tiga kali, aku rasa suami naik fed up gak..
so, baik dijelaskan dengan baik kat bapa.
Masalah besar klu berterusan macam ni, elok diselesaikan secepat mungkin sebelum terlambat....
big problem
Erm...boleh tak kalau Dira dah kawin nanti nak duduk jauh2 dari family. takut benda ni berlaku kat Dira la. huhuhu ^_~
sabar... nanti orang tua akan faham... mula mula memang macam tu...
laen mcm je bunyinye entri ni. hehe :) hope everything is ok yep dear..
masalah kita, hati kita saja yg tahu. ini yg dikata, diluah mati mak, ditelan mati bapak.. kita di persimpangan.. org yg melihat dan mendengar hanya boleh bg pandangan..
patuh pada suami dulu....
pehhhhh . macam tu pulak . tatau nak cakap...
harap2 semua nya dpt setel dgn elok sebelum melarat
susah jugak mcm tu. hope lama-lama nnti berakhir :)
Post a Comment