dialah satu-satunya adik yang aku ada sejak arwah adik yang bongsu telah pergi. tidak mengapa. itulah Qada dan Qadar dri Allah swt.
semua hanya pinjaman sementara saja. itu aku kena ingat. dan adik aku (affizan) sorang ni lah segala-galanya. dia hanya pinjaman saja. pun aku kena ingat tu. suka duka aku, semua kongsi dengan dia. susah senang kami masih lagi bersama-sama. terkadang dia seperti abang.dan aku adiknya. bila mood mengada aku datang. tu sebelum kawin. sekarang tak boleh dah. dia dah tak nak layan.
hari ni pepagi lagi aku cuba call adik. tapi tidak berangkat. sibuk barangkali. tidak mengapa. petang, sekali lagi aku call. pun sama. tidak berangkat. sibuk teramat ni. entah makan atau tidak sekarang ni. duit yang aku bagi hujung minggu lepas cukup ke tak tu. risau juga bila call tak berangkat ni. ahh...moga baik-baik saja.
diam-diam pergi jenguk-jenguk kat fb dia...
ouh...ini kerjanya. alhamdulillah. sememangnya sangat sibuklah sekarang. dan esok adalah hari terakhir dia bertungkus lumus bergelar sebagai mahasiswa di
ni la rupanya lipan yang adik duk cite kat aku yang dia duk buat tu... banyak gak bajet nak guna tu. mana nak cari besi terpakainya.macam-macam la lagi duk story kat aku.
haaa...yang ni paling suka tengok. teringat pula masa adik minta tolong tuk bagi idea untuk buat ikan laga ni..inilah hasil tangan dia...aku suka sangat-sangat.
dah memang keturunan darah seni kot..ngeeeee.tapi banyak lekat kat adik je la.yang lain semua separuh jalan. bila bertukar profesion. termasuklah aku.
ni orangnya...dilukis sendiri. permintaan aku untuk lukis gambar aku ntah bila dia boleh buat. asik sibuk je...grrrrr
22 comments:
kim salam kat adik..sangat berbakat ^_^
sangat berbakat okey.
lukisan tu dia yang lukislah?
kagum.
*clap clap*
cerah masa depan ni... good luck :-)
cikgu ma - insyallah....orgnya tersangatlah cerewet
syazwan CD - a ah..byk lg hasil die dlm simpanan.tp jrg nk publish.segan katanya
the malay male - insyallah. harap pun macam tu lah
Perghhhh... Kreatifnya...
Memang seni bebeno.. boleh pergi jauh tu kak.. heeeee ^_^
cantik ikan laga tu..
terbekenan pulak..hehe
Kreatif! Semoga berjaya!
wahhh tahniah :D
wahhh...susah nak buat tu...mmg berseni betul....penuh kesabaran nak buat tu...
bertuah adik dpt akak yg sayang sgt sgt kat dia...
mina ni kaki bebel je...adik pun naik bosan...kihkihkih..
hebatnya dia...
ni yang orang bilang, muka macho tak semestinya tak berseni.. haha
woahhh! suka,suka suka!!
love art!
adik awak ni mmng suka ikan ke?heeee
berbakat...n al fatihah untuk adik bongsu kamu tu.
lawa hasil tangan adik TH..
kursus yg menarik untuk dipelajari.. memang sesuai utk lelaki.. (",)
Nanti boleh lukiskan gambar aku plak..
amat berbakat... cantik sgt lukisan dan juga arca yg dibuat tu.. moga sukses...
Al-Fatihah buat adik bongsu TH..
hebatnya adik ...
wow kreatipnya
Salam TH.
Adik TH sgt berbakat. Perlu dikembangkan tu..
salam titisan hujan..
apa kabo ?? t kasih kerana tetap setia menjenguk blog saya.. saya terharu oooo..
memang gambo ikan laga tu sgt cantik.. saya sentiasa jeles dgn org yang pandai melukis.. saya takde bakat langsung..bakat saya mungkin ada sedikit dalam alat muzik..
wah, promote adik nampak.. :P
bakat kurniaan Ilahi.. guna di jalan yg elok yer.. :)
Post a Comment